Sudah pasti anda sedang mencari cara hilangkan gastrik. Mungkin anda sudah penat makan ubat gastrik sama ada dari doktor atau yang dibeli dari farmasi. Saya dah membantu ribuan pesakit gastrik dengan mengubah pemakanan sahaja, sebagai cara merawat gastrik.
Nama saya Azizan, tahun 2023 ini saya sudah sembuh dari gastrik selama 10 tahun, selepas merasa sakit gastrik selama hampir 30 tahun, iaitu bermula dari umur saya 16 tahun.
Lebih kurang sama dengan anda, saya juga penat pergi berjumpa dengan doktor, masuk wad, dan makan pelbagai jenis ubat gastrik. Tetapi, sakit gastrik masih berulang.
Seperti mana yang saya sebut tadi, saya dah sembuh dari dari gastrik selama 10 tahun.
Selama 10 tahun ini, saya telah membantu ribuan pesakit gastrik untuk mendapatkan cara merawat gastrik yang lebih berkesan. Saya telah kongsikan cara merawat gastrik yang sesuai untuk badan kita kembali pulih.
Tujuannya supaya badan kita kembali stabil dan mengurangkan risiko terkena semula sakit gastrik. Cara yang saya gunakan ini lebih kepada membuat ubat gastrik sendiri secara alami, melalui pengolahan semua cara kita makan dan minum.
Oleh kerana permintaan yang tinggi dari anda yang sudah penat makan ubat, dan perlukan kaedan pemakanan yang sesuai untuk merawat sendiri, saya sediakan senaskah e-book, atau buku elektronik yang anda boleh muat turun ke dalam PC anda atau handphone anda sebagai bahan rujukan dan amalan.
Saya akan huraikan bagaimana cara hilangkan gastrik ini boleh membantu anda untuk kembali sihat. Tak perlu lagi kita mencari ubat gastrik di farmasi, sebab kita boleh buat sendiri penawar gastrik ini, di rumah.
Saya akan huraikan cara-cara yang sesuai, langkah-langkah yang perlu kita ambil dan cara pemakanan yang sepatutnya. Tetapi, and mestilah mengamalkannya sehingga benar-benar sembuh.
Dalam e-book yang bertajuk Diet Untuk Sakit Gastrik, saya bentangkan kenapa kita perlu lebihkan pemakanan beralkali berbanding dengan pemakanan berasid. Termasuk juga apakah dia pemakanan berasid, apakah pemakanan beralkali dan apa kah maksud di sebalik terma ini supaya anda boleh faham.
Isi e-book ini seolah-olah anda mencipta sendiri ubat gastrik paling mujarab dan berkesan. Bukan saja untuk menangani sakit gastrik, malahan boleh mencegah penyakit-penyakit lain seperti gout, darah tinggi, kencing manis, dan beberapa penyakit lagi.
Apa yang saya akan ajarkan dalam e-book ini adalah perkara-perkara yang penting untuk kita amalkan sepanjang rawatan kendiri ini.
Saya akan kongsikan bagaimana kita boleh merawat diri sendiri dan apakah langkah-langkah yang sesuai untuk kita ambil. Berapa lama untuk hilang sakit dan berapa lama lagi untuk betul-betul sembuh.
Mahal ilmu ni walaupun harga belian e-book murah saja. Sebab dengan harga yang anda bayar, anda boleh menjimatkan belanja merawat di masa hadapan. Tak perlu dah pergi ke farmasi untuk beli ubat gastrik.
Dulu, saya perlu sediakan dalam RM 200 setiap kali saya sakit. Itu hanya untuk lawatan ke klinik untuk berjumpa dengan doktor. Termasuk sekali dengan suntikan dos tinggi. Itu belum lagi termasuk ubatan susulan yang dibeli di farmasi.
Sekarang ini saya pun tak tau berapa ratus ringgit yang diperlukan untuk sekali rawatan. Maklumlah saya dan 10 tahun sembuh di tahun 2023 ini.
Selain itu dalam e-book ini diterangkan apakah rawatan lain yang boleh kita ambil untuk membetulkan semula keadaan badan kita. Saya memang lebih minat ke arah rawatan alternatif, tidak bergantung sepenuhnya dengan ubat-ubatan di farmasi. Pada hemat saya, ini lebih menjimatkan dan boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit di masa mendatang.
Suka saya ingatkan, bahawa apa yang saya kongsikan dalam e-book ini adalah dari pandangan naturopathy, iaitu amalan rawatan menggunakan kaedah pemakanan. Sebenarnya ramai saja doktor yang tahu bab naturopathy, tetapi mereka tetap berpegang kepada amalan alopathy iaitu menggunakan ubat.
Pernah tak dengar atau baca bahawa ramai orang dulu-dulu jarang sakit. Sebab apa? Ini sebab mereka berjaga perihal makanan, dan mereka tidak terdedah kepada makanan berproses dan yang tidak segar. Malahan makanan berproses dalam tin juga tidak patut kita amalkan selalu.
Dihujung e-book ini saya senaraikan makanan yang berasid dan makanan yang beralkali supaya kita boleh amalkan. Walaupun ianya banyak dalam senarai yang diberi, kita boleh pilih apa yang dekat dengan kita dan sesuai dengan poket kita. Maknanya mudah sahaja, dalam pada kita berusaha untuk mencari cara merawat gastrik, kita tak perlu berbelanja besar. Malahan belanja harian yang biasa kita keluarkan boleh mencukup dalam merawat gastrik yang kita hadapi.
Yang penting kita ubah cara pemakanan kita.
Untuk anda yang mungkin sukar untuk memahami yang panjang, saya berikan panduan pemakanan jangka pendek supaya boleh terus diamalkan. Tetapi, perlu diingat, pemakanan jangka pendek bukan untuk diamalkan berterusan. Anda mesti buat perubahan sedikit demi sedikit, supaya apa juga makanan anda boleh ambil.
Dalam tempoh 10 tahun ini, saya memang boleh makan apa sahaja selepas sembuh sempurna, tetapi saya masih berjaga-jaga, sebab pengalaman sakitnya kena gastrik itu masih ada dalam ingatan saya.
Sakit….Kalau boleh tak mahu saya kena sakit ini lagi. Sesetengah masa itu, sudah terasa hampir mati.
Selain dari itu, dalam e-book Diet Untuk Sakit Gastrik ini, anda juga akan mengetahui 3 penyakit lain atau sakit lain yang mempunyai simptom yang hampir sama dengan gastrik. Memang jadi kebiasaan, pada peringkat awal akan keliru. Malahan biasa terjadi doktor memberikan diagnosa yang salah diperingkat awal, sehinggalah pemeriksaan lanjutan di lakukan.
Kita mesti pergi jumpa doktor juga ya untuk diagnosa yang lebih tepat. Jangan sesekali cuba meneka sendiri. Benda dalam badan kita tak nampak. Ini bukan panau..... Silap teka, rupanya benda lain selain gastrik dan lebih merbahaya.
Anda juga akan tahu sedikit sebanyak apa dia trigger factor kepada gastrik dan Langkah-langkah yang perlu diambil. Dengan mengawal trigger factor, anda boleh mengurangkan risiko diserang oleh sakit gastrik. Trigger factor ni saya boleh kata perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita diserang gastrik.
Dah cerita pasal gastrik, tahukah anda gastrik ada beberapa jenis? Ada yang jarang berlaku tapi masih boleh berlaku. Walaupun kurang kepentingan, tapi lebih baik tahu, dari tak tahu. Sebab di lain kali boleh membantu saudara mara atau keluarga sendiri apabila ada simptom tertentu yang timbul.
Seperti yang saya kongsikan di dalam e-book, pesakit yang paling teruk saya pernah bantu ialah pesakit yang sudah keluar buih asid di mulutnya. Senang cakap, asid dah keluar ke ruang mulut. Alhamdulillah, dia sembuh, cuma ambil masa yang lebih lama. Usaha mesti ada.
Janganlah tunggu sampai keadaan yang sebegitu teruk baru nak ambil tindakan. Kesian pada diri sendiri dan keluarga.
Anda sebenarnya bertuah, kerana saya mengenakan harga mampu milik untuk panduan pemakanan di dalam e-book Diet Untuk Sakit Gastrik. Pelan asal saya ialah untuk menaikkan harga setiap kali saya keluarkan versi yang lebih dikemaskini. Sementara masih harga awal yang disenaraikan, cepat-cepat ambil peluang.
Sebab ianya sangat berbaloi. Guna untuk diri sendiri dan keluarga.
Untuk mendapatkan salinan e-book Diet Untuk Sakit Gastrik dalam bentuk pdf yang boleh dimuat turun ke PC atau smartphone terus tekan butang pembelian di bawah.
Anda layak sertai support group di Telegram selepas pembelian e-book ini. Anda juga boleh menjadi affiliate.
Penafian: Yang menyembuhkan segala penyakit adalah Maha Pencipta. Kerja kita sebagai makhluk ciptaan, ialah usaha sebaik mungkin.
Buy Now